AI dalam PendidikanSKDSZA · 9 September 2026
Wajib Baca

Etika & Keselamatan Data

AI ialah pembantu yang berkuasa; guru kekal bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan dan data. Enam amalan ini tidak boleh dikompromi.

1

Jangan muat naik data peribadi murid

Nama penuh, nombor kad pengenalan, markah individu dan foto murid tidak sepatutnya dimuat naik ke mana-mana alat AI. Gunakan data tanpa nama atau data contoh.

2

Semak sebelum guna

AI boleh tersilap dengan yakin. Baca dan sahkan setiap fakta, terutama sebelum diedarkan kepada murid. Anda guru, AI pembantu.

3

Guna akaun MOE untuk kerja rasmi

Akaun moe-dl.edu.my memberi perlindungan Workspace for Education dan akses Canva for Education percuma. Elakkan akaun peribadi untuk dokumen sekolah.

4

Nyatakan penggunaan AI jika wajar

Untuk bahan rasmi yang diedarkan secara meluas, amalan baik ialah menyatakan bahan dibantu AI dan disemak oleh guru.

5

Hormati hak cipta

Jangan muat naik buku teks berhak cipta ke platform awam untuk dikongsi semula. Kegunaan peribadi untuk PdP adalah wajar, penerbitan semula tidak.

6

Ikut Panduan Literasi AI KPM

SPI KPM Bil. 2 Tahun 2026 dan Buku Panduan Literasi AI menjadi rujukan rasmi penggunaan AI di sekolah. Semak versi terkini di laman KPM.

Rujukan rasmi: Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 2 Tahun 2026 (Panduan Literasi Kecerdasan Buatan) dan Buku Panduan Literasi AI KPM di moe.gov.my.

Bengkel Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pendidikan
Ts. Ashraf bin Naim · Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Menengah & Tingkatan 6) · PPD Kluang
Langkah alat disemak pada akaun DELIMa, 8 September 2026. Paparan aplikasi boleh berubah dari semasa ke semasa.
Disalin ke papan keratan