AI dalam PendidikanSKDSZA · 9 September 2026
Gemini Notebook · Canva AI for Education

Beri AI sasaran murid,
bukan sekadar satu arahan.

Panduan hands-on untuk guru SK Dato' Syed Zain Alshahab, Kluang. Setiap klik ditunjukkan dan disemak pada paparan aplikasi sebenar. 9 September 2026 (Rabu) · 2.00 hingga 4.00 petang · Bilik Mesyuarat Darul Hikmah, SKDSZA.

Daftar Masuk Peserta

Nama sahaja sudah cukup. Progres anda disimpan pada peranti ini.

Imbas untuk sertai

QR ke LMS

skdsza.tsapps.my

Agenda 2 jam

2.00 · 8 minPembukaanSapaan, mengapa bengkel ini, objektif, buka LMS dan daftar nama.
2.08 · 12 minSlot 1 · Tiga Soalan Sebelum TaipCara lama lawan cara baharu, tiga soalan, Buat Cuba Baiki, Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan, akaun DELIMa.
2.20 · 35 minSlot 2 · Gemini NotebookTaklimat 10 minit, demo 5 minit, Aktiviti 1 dan 2 (20 minit).
2.55 · 35 minSlot 3 · Canva AI for EducationTaklimat 8 minit, demo 5 minit, Aktiviti 3 dan 4 (22 minit).
3.30 · 18 minSlot 4 · Sambung Dua AlatSatu laluan penuh Notebook ke Canva, idea minggu depan, Ruang Pameran, semakan berpasangan.
3.48 · 12 minPenutupEtika, rumusan bila guna apa, cabaran 30 hari, soal jawab.

Apa yang anda bawa pulang

Tulis Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan

Tiga soalan dahulu, kemudian satu ayat Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan di awal setiap prompt.

Kuasai Gemini Notebook

Bina 'notebook' subjek, tanya soalan berdasarkan sumber dan jana bahan Studio dalam Bahasa Melayu.

Kuasai Canva AI

Jana slaid PdP daripada rangka yang disemak, aktiviti murid siap agih dan bahan interaktif Canva Code.

Sambung dua alat

Notebook untuk fakta dan kuiz, Canva untuk visual dan aktiviti; satu pakej PdP kecil untuk topik sendiri.

Amalkan etika data

Guna akaun DELIMa, lindungi data murid dan semak setiap fakta sebelum diedar.

Bengkel Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pendidikan
Ts. Ashraf bin Naim · Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Menengah & Tingkatan 6) · PPD Kluang
Langkah alat disemak pada akaun DELIMa, 8 September 2026. Paparan aplikasi boleh berubah dari semasa ke semasa.
Disalin ke papan keratan